Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat

Biodata

Pengasas Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat ialah Robert Mills Gagne. Beliau dilahirkan pada 21 Ogos 1916 di North Andover, Massachusetts.




      Dari segi kejayaan dalam pendidikan, beliau telah meraih gelaran A.B dari Yale pada 1937 dan meraih Ph.D pada 1940 di Brown University.  Beliau merupakan seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut College for Women (1940-1949), Pennysylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962) dan University of California di Berkeley (1966-1969).  Kemudian, beliau menjadi profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahasse mulai 1969. 

      Gagne juga pernah berkhidmat sebagai pengarah penyelidik untuk tentera udara (1949-1958) di Lackland, Texas dan Lowry, Colorado.  Beliau turut menjawat jawatan jawatan sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (1958-1961) dan di Bahagaian Pendidikan Amerika Syarikat (1964-1966).  selain itu, beliau juga menjawat jawatan sebagai pengarah penyelidikan di Institut Penyelidikan American Pitssburgh (1962-1965).   


untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Gagne, sila layari laman web ini.