Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat

Sejarah

Sejarah Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat

Model pengajaran boleh dikatakan sebagai satu perihal persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, krusus dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multi-media serta pengajaran berbentukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan sebagainya.

Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat berfokuskan kepada naluri semulajadi. Tujuannya ialah untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik dan berturutan iaitu:

  • Kepekaan terhadap masalah yang timbul
  • Pemerolehan dan penyesunan maklumat
  • Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai
  • Pengembangan konsep yang berkenaan

RAJAH 1.3

 
Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

Terdapat model-model dalam kumpulan ini yang menyumbangkan murid dengan maklumat dan konsep dan pembentukan konsep serta menjana pemikiran kreatif.
Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat berguna untuk mengkaji kendiri dan masyarakat dan seterusnya  membawa kemajuan serta pembaharuan kepada masyarakat.


untuk maklumat lanjut:- http://amaljaya.com/guru/category/information-processing-model/