Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat

Konsep

Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat

• Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat menyatakan bahawa ingatan manusia sama seperti komputer.
• Maklumat iaitu input yang diperolehi pelajar daripada persekitaran pembelajaran
• Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan.
• Melalui proses retrieval maklumat (input) ditukarkan kepada output.
• Pemprosesan maklumat dapat didefinisikan sebagai satu operasi mental iaitu mewarna, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana manusia belajar.
• Galbraith,1994 menyatakan pemprosesan maklumat ialah kompenan penting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran.

Model Pemprosesan maklumat mempunyai 3 mode ingatan :

1. Daftar Deria
2. Ingatan Jangka Pendek
3. Ingatan Jangka Panjang
  
JENIS-JENIS INGATAN

Daftar Sensori/ Deria
• Daftar deria menerima input utama daripada penglihatan dan bunyi.
• Pemprosesan maklumat berlaku dalam 3 hingga 5 saat.
• Input yang diperolehi kemudiannya disalurkan kepada ingatan jangka pendek untuk pemprosesan sebenar.
• Maklumat yang diterima dipantau pada tahap perhatian rendah dan respon juga secara terpilih.

Ingatan Jangka Pendek

• Maklumat akan berada dalam keadaan aktif selama 15 hingga 20 saat tanpa latihan dan lebih lama jika membuat latihan.
• Kapasiti ingatan jangka pendek boleh ditambah dengan meletakkan input dalam set yang kecil dan boleh diingati sebagai unit berasingan.
• Maklumat jangka pendek boleh disimpan lebih lama jika seseorang mengulangi nama untuk mengingat maklumat berkenaan.
" Elaborative rehearsal " merupakan salah satu cara untuk maklumat disimpan lebih lama sebelum disalurkan ke dalam ingatan jangka panjang. Caranya ialah dengan menyimpan maklumat dengan menghubungkaitkan dengan sesuatu yang diketahui.
• Ingatan jangka pendek akan hilang atau pudar jika tidak diulangi dalam masa 20 saat.

Ingatan Jangka Panjang

• Ingatan jangka panjang merupakan stor pengetahuan yang kekal.Contonhya: mengingat nombor telefon kerana disimpan secara kekal dalam ingatan jangka panjang.
• Maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang berkekalan. Misalnya, pelajar mengingat maklumat semasa peperiksaan.
• Terdapat 3 kategori dalam ingatan jangka panjang iaitu semantik, episodik dan prosedural. Ingatan semantik ialah ingatan untuk makna yang disimpan sebagai proposisi ( unit pengatahuan terkecil ), imej dan skema.
• Ingatan episodik ialah ingatan maklumat yang terikat kepada suatu tempat dan masa. Contonhnya, seorang pelajar dapat mengingat cerita 'cinderella'  yang ditontonnya semalam. Dia dapat menceritakan kembali segala
• Ingatan prosedural ialah ingatan bagaimana melakukan sesuatu. Contohnya;  Salina mengingat kembali cara membuat kek pisang  berdasarkan resepi yang dipelajari dari neneknya minggu lepas.

RAJAH MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT




RAJAH 1.2
 (Diterjemah dan diubah suai daripada Schoenfeld, A.H.(1992)."Learning to think matematically: Problem solving, metacognition and sense making in mathematics" dalam D.A.Grouws (Ed.), Handbook of Research on Mathematics Teaching and Learning, hal.135)

Apabila maklumat baharu oleh rakaman deria, maklumat ini akan disalurkan kepada stor ingatan jangka pendek. Ikatan jangka pendek juga turut dikenali sebagai "working memory" . Hal ini kerana pada ingatan jangka pendek maklumat itu diproses dan pemikiran terjadi. Maklumat akan disalurkan ke dalam ingatan jangka panjang dan disimpan dalam skema jika terdapat perkaitan antara maklumat dengan apa-apa yang disimpan dalam ingatan jangka panjang. Maklumat boleh dikeluarkan dan diproses oleh ingatan jangka pendek sebelum dihasilkan sebagai output.


Pengajaran Ekspositori


• Dipengaruhi oleh teori perkembangan kognitif Piaget
• Proses utama dalam pembelajaran ialah subsumpsi iaitu menggabungkan maklumat baharu ke dalam maklumat sedia ada dengan membuat perkaitan antara idea baharu dengan idea sedia ada.
• Manusia memperoleh pengetahuan melalui resepsi atau penerimaan dan bukan penemuan. Contonhnya, pelajar menerima sesuatu maklumat melalui penerangan dari guru, bukannya melalui pencarian sendiri.
• Pengajaran ekspositori menekankan pembelajaran verbal yang bermakna, bukannya pembelajaran hafalan. Pembelajaran bermakna berlaku jika perkaitan dibuat antara antara pengatahuan baru dengan pengetahuan sedia ada.
• Pendekatan deduktif iaitu daripada umum kepada spesifik digunakan dalam pembelajaran ekspositori.

Peringkat Pengajaran Ekspositori

Di dalam pengajaran ekspositori, terdapat tiga fasa utama iaitu penyusun awal dikemukakan, tugasan pembelajaran/ bahan dikemukakan dan pengukuhan organisasi kognitif.

1. Penyusunan awal (fasa pertama)
-Penyusunan awal menghubung kait maklumat baharu dengan skema-skema yang sedia ada dan dikemukakan kepada pelajar.

2. Bahan atau maklumat baharu yang diperolehi melalui kuliah, perbincangan, perbentangan dan tugasan pelajar. (fasa kedua)


3. Pengukuhan organisasi kognitif (fasa ketiga)
-guru cuba mengaitkan maklumat baharu ke dalam struktur yang digambarkan dalam penyusun awal dengan mengingatkan pelajar bagaimana setiap aspek dihubungkaitkan dengan gambaran umum.
- penilaian turut dilaksanakan.Pelajar boleh mengemukakan soalan untuk mendapatkan pemahaman lanjut.


Model Synectics
• Synectics adalah merupakan aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora.
• Pendekatan yang menarik terhadap pembentukan pemikiran kreatif.
• Elemen utama dalam model synectics ialah penggunaan analogi iaitu pelajar menggunakan analogi untuk menyelesaikan masalah /membentuk idea-idea baru merupakan.
• Model ini mengarah pelajar ke dalam dunia yang tidak logik yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar mereka cara-cara baru bagi mendekati masalah.
• Cara pemikiran baru akan dijana terhadap pelajar jika kita menggunakan model synectics.
• Contohnya: Pelajar yang melakukan kesalahan disiplin selalunya diberi denda. Namun melalui model Synectics ini ,cara pemikiran baru dapat digunakan dalam mengatasi masalah ini melalui penggunaan kaedah lain selain dari denda.Perasaan empati perlu ada dalam diri seorang guru.
• Guru bertindak sebagai fasilitator yang membimbing kumpulan melalui beberapa langkah seperti:

  1. Pengenal pastian masalah
  2.  Mengenal pasti hasil yang diingini
  3.  Penjelajahan/Penjanaan idea
  4.  Padanan
  5.  Respons diperincikan
  6.  Cadangan
  7.  Pengenalpastian penyelesaian yang munasabah

    Model Inkuiri


    • Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan.
    • Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan.
    • Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’.
    • Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah.
    • Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.
    • Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.
    • Murid akan meneroka sendiri dan seterusnya membuat kesimpulan. Kaedah ini banyak digunakan dalam matapelajaran sains.